Berminat buat biz Tone Plus tapi tak ada yang sanggup beri tunjuk ajar? Sediakan secawan kopi kerana anda akan belajar semuanya di sini.
(Anda boleh skip bahagian yang anda sudah tahu, tapi belajar 2-3 kali akan membuatkan anda 2-3 kali lebih bijak daripada sebelumnya)
Last update: Ahad, 5 Jun 2016
'Tak Kenal Maka Tak Cinta'
Luangkan beberapa minit untuk mengenali tentang apa itu Tone Plus, latar belakang syarikat dan apa yang ditawarkan kepada pengguna dan usahawan. Lawati laman web
www.toneplus.my
Bagaimana dapat income dengan Tone Plus?
🔘 Daftar sebagai ahli
Pertama, anda kena jadi ahli. Bagaimana jadi ahli? Daftar ahli dengan yuran RM98.60 dan dapatkan sekeping simkad daripada mana-mana pengedar Tone Plus.
Boleh juga terus hubungi saya di 011-1514 5365 untuk daftar dan dapatkan simkad.
Selepas berjaya mendaftar, anda akan dapat 1 ID yang bermula dengan TPAXXXXXX. Anda mesti ingat dan tulis ID ini. Kerana kalau salah masukkan ID waktu daftar pengguna baru nanti, anda tidak akan dapat komisyen daripada pengguna tersebut.
Nasihat saya, pilihlah pengedar yang boleh membimbing anda dan tidak membiar anda terkapai-kapai selepas anda menjadi ahli.
🔘 Backoffice Tone Plus
Selepas menjadi ahli Tone Plus, anda akan dapat satu laman
backoffice di mana anda boleh daftarkan pengguna baru dan melihat komisyen anda setiap bulan. Ini adalah link ke
backoffice Tone Plus
www.tonegroup.net/tpmms
(Jika anda sudah mendaftar ahli, LOGIN ID ialah nombor IC anda dan PASSWORD ialah 1234. Sila ubah password selepas login kali pertama)
🔘 Cara Daftar Pengguna Baru
Anda kena tahu bagaimana untuk daftar pengguna baru kerana di sinilah anda mula mendapat komisyen. Tidak perlu komputer, cukup dengan hanya menggunakan smartphone.
Apa yang anda perlukan ialah:
1. Simkad dan maklumat prospek di bawah ini:
2. Nama penuh
3. Nombor IC
4. Alamat rumah
5. Email
6. Nombor lama yang ingin dikekalkan
7. Telco nombor lama (Celcom, Digi, Maxis etc)
Peringatan: Galakkan ataupun push prospek untuk kekalkan nombor lama. Kerana berdasarkan pengalaman, mereka yang guna simkad Tone Plus sebagai simkad kedua, kebanyakannya expired sebab mereka rasa sukar untuk maintain 2 simkad.
Login ke backoffice, klik Registration. Ikuti langkah 1, 2 dan 3 dalam gambar di bawah ini.
🔘 Cari Pengguna Baru. Caranya? Promosi, Promosi dan Promosi
Ya betul. Promosi, promosi dan promosi. Tidak perlu jadi salesmen dan paksa orang nak beli. Kongsikan kebaikan dan peluang perniagaan Tone Plus di wall dan group FB, Whatsapp, Telegram, Wechat ataupun dengan cara menyebarkan fliers.
Bagi saya, saya lebih gemar mempromosi di FB. Kenapa? Kerana hanya mereka yang berminat dengan sendirinya menghubungi saya. Saya tidak suka buang masa untuk explain kepada mereka yang langsung tidak berminat.
Dalam mempromosikan Tone Plus, harus KONSISTEN dan PERSISTENT
Konsisten maksudnya promosi 2-3 kali sehari, setiap hari TANPA HENTI. Kalau anda tidak mampu mempromosi setiap hari, gunakan software percuma autopost seperti Hootsuite secara percuma. Software ini akan post untuk anda 2-3 kali sehari di FB, tanpa anda perlu berada depan komputer.
PERSISTENT maksudnya anda tetap tekun mempromosikan walaupun tiada respon terhadap promosi anda. Jangan biarkan hal itu membuat anda rasa 'down'.
Fokus dulu daftarkan 1 orang. Apabila capai 4 orang, anda sudah dapat 13% daripada nilai topup 4 orang tersebut. Kalau sorang topup RM30, anda dapat RM15.60.
10 orang topup RM30, anda dapat RM39
100 orang topup RM30, anda dapat RM390
1,000 orang topup RM30, anda dapat RM3,900
10,000 orang topup RM30, anda dapat RM39,000
Tak kiralah komisyen anda RM39 atau RM39,000, kos bulanan anda hanyalah RM30 sebulan. Apakah bisnes yang kos bulanannya RM30 walaupun income boleh sampai RM39,000? Atau enam angka. Hanya di Tone Plus.
🔘 Sediakan 1-2 keping simkad dalam tangan
Kenapa? Apabila ada kawan yang berminat, anda boleh terus daftarkan beliau on-the-spot. Bayangkan bila kawan dah syok dengar penjelasan kita, dan nak daftar, tapi kita pula tiada stok simkad.
Modal untuk sekeping simkad selepas anda menjadi ahli ialah RM78.60. Maksudnya selepas menjualnya kepada prospek pada harga RM98.60, anda untung sebanyak RM20 tunai. Anda dapat modal semula + tambahan RM20. Jual 4 simkad, dan anda sudah mampu untuk membeli 1 simkad tambahan.
Jika anda tiada modal dan berminat buat secara dropship, saya boleh bantu. Dengan syarat pembayaran harus dibuat terlebih dahulu. Contohnya begini:
1. Anda dapat prospek yang berminat
2. Minta prospek bayar anda RM98.60 + RM10 (Pos Laju)
3. Anda bank-in RM78.60 + RM10 kepada saya
4. Selepas pembayaran disahkan, saya akan bagi anda nombor serial dan PUK simkad baru untuk anda daftarkan prospek
5.Simkad saya akan Pos Laju ke tempat anda/prospek. Tracking number akan diberikan